Warga emas maut terjatuh tingkat 18

Mangsa ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 18 pagi tadi.
Mangsa ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 18 pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat 18 di Taman Alor Vista, Relau di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, wanita berusia 80 tahun yang maut di tempat kejadian ditemui orang awam kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, mangsa yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama anak lelakinya di rumah berkenaan.

"Hasil keterangan anaknya, mangsa masih berada di rumah pada jam 11.30 malam tadi. Ketika itu, ibunya tidak menunjukkan kelakuan pelik, kemudian anak mangsa masuk ke bilik lalu tidur. Dia hanya menyedari kejadian tersebut jam 8.30 pagi ini selepas dimaklumkan jirannya.

"Mangsa tidak pernah menceritakan sebarang masalah atau penyakit kepada anaknya. Selain itu, mangsa juga tidak mempunyai apa-apa masalah hutang dengan sesiapa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Soffian berkata, hasil siasatan di tempat kejadian, terdapat sepasang selipar berhampiran balkoni rumah mangsa disyaki ditinggalkannya sebelum terjatuh.

"Tempat kejadian tidak dijumpai sebarang kesan pergelutan atau keadaan yang mencurigakan. Tempat kejadian juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) selain tiada saksi bebas ketika kejadian.

"Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada unsur-unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan: