X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 15,000 pelarian Rohingya kena kuarantin

Pakar kesihatan telah memberi amaran Covid-19 berisiko merebak di kem sesak yang menempatkan hampir sejuta pelarian Rohingya. - Foto Agensi
A
A

DHAKA - Kira-kira 15,000 pelarian Rohingya kini berada di bawah langkah kuarantin di kem sesak di Bangladesh selepas jumlah jangkitan koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 29 orang.

"Tiada kes kritikal dan kebanyakan mereka tidak menunjukkan sebarang simptom. Kami telah menempatkan pesakit terbabit ke pusat pengasingan dan mengenakan kuarantin ke atas keluarga mereka," kata pegawai kanan kesihatan di kawasan Cox's Bazar, Toha Bhuiyan semalam.

Menurutnya, laluan sempit ke tiga daerah kem itu di mana majoriti kes jangkitan direkodkan turut ditutup oleh pihak berkuasa.

"Kesemua pelarian Rohingya yang berada di dalam lingkungan blok itu juga berdepan sekatan pergerakan," ujarnya.

Difahamkan, dua kawasan yang berdepan langkah ketat itu adalah di kem Kutupalong yang didiami kira-kira 600,000 pelarian Rohingya.

"Kami sedang berusaha menjalankan ujian secepat mungkin untuk memastikan kesemua individu yang dijangkiti dapat dikenal pasti. Tujuh pusat pengasingan dengan kapasiti untuk merawat lebih 700 pesakit Covid-19 telah disediakan," katanya. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus