Pemandu tersepit, lori bawa nangka terbabas

Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan dipandunya yang membawa muatan buah nangka itu terbabas dalam kejadian di Jalan Labis- Chaah di sini pagi tadi.
Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan dipandunya yang membawa muatan buah nangka itu terbabas dalam kejadian di Jalan Labis- Chaah di sini pagi tadi.
A
A
A

SEGAMAT- Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan dipandunya yang membawa muatan buah nangka itu terbabas dalam kejadian di Jalan Labis- Chaah di sini pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II Nordin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.09 pagi mengenai kejadian tersebut.

Katanya, seramai enam anggota bomba bersama sebuah jentera dari BBP Labis dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Lori membawa muatan nangka terlibat kemalangan di Jalan Labis- Chaah awal pagi tadi. Foto: Ihsan Bomba
Lori membawa muatan nangka terlibat kemalangan di Jalan Labis- Chaah awal pagi tadi. Foto: Ihsan Bomba

"Kemalangan melibatkan sebuah lori seberat tiga tan. Pemandu berusia 40 tahun itu didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Peralatan khas digunakan bagi mengeluarkan pemandu tersepit itu. Selepas berjaya dikeluarkan, pemandu terbabit dihantar ke Hospital Segamat bagi mendapatkan rawatan kerana cedera," katanya.

Artikel Berkaitan: