X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Spurs kena dapatkan Coutinho

Coutinho
Coutinho
A
A

TOTTENHAM Hotspur disarankan supaya mendapatkan Philippe Coutinho untuk memperkuatkan pasukan itu bagi mengharungi saingan liga musim depan.

Bekas penjaga gol Spurs, Paul Robinson berkata, individu seperti Coutinho akan menjadi pemain sempurna selain mampu memberikan nilai tambah di bahagian serangan buat kelab England itu.

"Bayern tidak mengambil peluang untuk mendapatkan Coutinho dan dia juga tiada dalam senarai pemain yang dimahukan Barcelona untuk musim depan. Saya nampak tempatnya adalah di Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Jika Spurs berjaya mendapatkannya, saya rasa ia cukup bagus. Mungkin dia tidak sesuai di liga lain tetapi di EPL dia telah membuktikan kualitinya," katanya.

Bintang Barcelona itu ketika ini dipinjamkan ke Bayern Munich dan telah meledakkan sembilan gol dalam 32 penampilannya.

Namun, Bayern dilaporkan tidak berminat untuk membeli pemain kelahiran Brazil itu selepas tempoh pinjamannya berakhir.

Robinson juga percaya Spurs tidak seharusnya kedekut mengeluarkan belanja untuk mendapatkan Coutinho walaupun kelab sedang berdepan krisis kewangan akibat wabak Covid-19.

“Pasaran perpindahan pemain mungkin akan terjejas kerana Covid-19, tetapi pembelian pemain perlu terus di buat oleh pasukan untuk menghadapi saingan musim depan.

"Jika mereka tanya saya, Coutinho adalah pilihan tepat untuk Spurs. Dia mungkin boleh dibeli dengan harga murah," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!