Rakyat Terengganu patuh SOP beraya dalam tempoh PKPB

Baba Abd Rahman, 86, (kanan) dan isteri Rona Bachik, 84, bersalaman dengan cucu pada sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu semalam. Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKPB tetap meriah meskipun sebahagian anak, menantu, cucu serta cicitnya tidak dapat pulang bagi menyambut perayaan tersebut. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiada sebarang kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditetapkan di negeri ini, semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Roslee Chik berkata, hasil rondaan dan pemantauan dilakukan anggotanya mendapati rakyat di negeri ini sangat patuh pada SOP dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun tiada larangan rentas daerah pada hari raya pertama, namun orang ramai dilihat dapat mengehadkan pergerakan aktiviti ziarah Aidilfitri dalam usaha memutuskan rangkaian koronovirus (Covid-19) ini.

Roslee
Roslee

"Semalam, anggota terlibat ada melakukan rondaan dan pemeriksaan rumah yang didapati mempunyai banyak kereta bagaimanapun didapati hanya ahli keluarga sahaja berada dalam rumah berkenaan dan tidak melebihi jumlah dibenarkan," katanya ketika di hubungi Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri dihadkan pada hari pertama sahaja dan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat serta tidak boleh melebihi 20 orang pada satu masa.

Bagaimanapun, jumlah maksimum 20 orang itu juga perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing bagi memastikan SOP penjarakan sosial dapat diamalkan.

Artikel Berkaitan: