‘Kasta dewa’ dalam Bersatu

Laporan Sinar Harian 21 Mei lalu.
Laporan Sinar Harian 21 Mei lalu.
A
A
A

AWANG teruja juga membaca pandangan Wan Saiful Wan Jan yang kata keanggotaan ahli Parlimen yang duduk bersama-sama pembangkang dalam sidang Parlimen baru-baru ini sepatutnya gugur serta-merta.

Wan Saiful ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Beliau juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pinjaman Nasional (PTPTN) yang dilantik bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Kata orang, beliau ini dulu memimpin sebuah badan pemikir (think tank) yang bukan main kritikal pada kerajaan BN. Beliau juga pernah bertanding pada PRU14 atas tiket Bersatu tetapi tewas.

Beliau pernah jadi orang kuat Dr Maszlee, malah jadi penasihat macam-macam. Sekarang beliau sasarkan sekali kecamannya pada bekas bosnya yang sekarang duduk bersama Tun mantan Perdana Menteri di sebelah pembangkang.

Kata Wan Saiful, jangan sampai ada ‘kasta dewa’ dalam parti. Sepatutnya semua ahli parti ikut 'rule of law'. Wujudnya ‘kelas dewa’ akan merosakkan parti itu.

Baguslah Wan Saiful berterus-terang. Cuma Awang nak tanyakan Wan Saiful, kenapa parti beliau jadi begitu? Bagaimana dua orang pengasas utama parti itu berpecah?

Bagaimana parti yang mengetuai sebuah kerajaan, ahlinya ada yang duduk di sebelah kerajaan dan ada di sebelah pembangkang?

Sebagai orang bijak pandai sepatutnya Wan Saiful tengok ke dalam cermin bagaimana parti itu boleh jadi kacau-bilau.

Artikel Berkaitan:

Nasihat Awang, kalau nak tegur mereka yang dalam ‘kelas dewa’, tolong sebut sekali nama Tun mantan Perdana Menteri. Biar terang lagi bersuluh.