Banjir kilat, puluhan kenderaan terperangkap

Kejadian mengakibatkan puluhan kenderaan terperangkap.
Kejadian mengakibatkan puluhan kenderaan terperangkap.
A
A
A

PUTRAJAYA - Puluhan kenderaan terkandas apabila banjir kilat melanda kawasan Persiaran Timur di sini tadi.

Kejadian dirakam penduduk Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Jintan Presint 16 yang tinggal di lokasi berhampiran kejadian banjir kilat berkenaan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Muhammad Faiz berkata, kejadian tersebut bermula kira-kira jam 4 petang.

Puluhan kenderaan terkandas apabila banjir kilat melanda kawasan Persiaran Timur di sini tadi.
Puluhan kenderaan terkandas apabila banjir kilat melanda kawasan Persiaran Timur di sini tadi.

"Kebetulan balkoni rumah saya berhadapan dengan Jalan Persiaran Timur, jadi memang boleh nampak banyak kereta terperangkap.

"Bagaimanapun kejadian tersebut tak lama, dalam 5.45 macam tu air dah surut," katanya.

Artikel Berkaitan: