Pendam impian selama 39 tahun untuk peluk Islam

Abdul Salam menerima bantuan kotak makanan daripada Jelajah Peduli Ummah anjuran Mapim yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby. - Foto Bernama
Abdul Salam menerima bantuan kotak makanan daripada Jelajah Peduli Ummah anjuran Mapim yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby. - Foto Bernama
A
A
A

GEORGE TOWN - "Selama 39 tahun saya pendam impian hendak masuk Islam, tapi akhirnya tercapai juga walaupun sudah berusia,” kata seorang mualaf warga emas berkongsi pengalamannya memeluk Islam.

Abdul Salam Abdullah, 61, yang nama asalnya M Santiago berkata, beliau sudah memendam hasrat untuk memeluk Islam sejak berusia 17 tahun lagi apabila tertarik dengan seorang rakannya yang beragama Islam ketika sama-sama bekerja di Johor Bahru, Johor ketika itu.

"Saya memang berasal dari Johor Bahru dan sejak tengok kawan sembahyang serta mengaji al-Quran menyebabkan saya tertarik, tetapi pada masa sama saya takut kerana perkara itu (memeluk Islam) pernah disuarakan kepada keluarga, namun mereka tidak setuju serta marah.

"Sejak hari itu, saya tidak berani lagi sebut pasal perkara itu di hadapan keluarga namun dalam masa sama masih curi-curi mencari maklumat serta belajar secara senyap-senyap tentang agama Islam tapi masih belum mempunyai kekuatan untuk menukar agama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Dunlop, Datuk Keramat di sini.