Peruntukan paling besar untuk pusat tahfiz

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap) mengakui pemberian peruntukan sebanyak RM3.47 juta kepada institusi tahfiz swasta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Fasa Kedua (PRE 2) merupakan yang terbesar pernah diterima.

Pengerusinya, Mohd Azlan Suhaimi berkata, pemberian tersebut memberi manfaat kepada 116 maahad tahfiz swasta di Perak dengan pengagihan peruntukan berjumlah RM10,000 bagi tujuan pengoperasian.

Beliau berkata, selain itu, pemberian RM800 secara sekali bayar bagi setiap seorang guru tahfiz juga amat memberi makna kerana sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung.

"Pematap menegaskan bantuan secara 'one-off' ini jelas menunjukkan sikap 'tahfiz care' yang tinggi oleh kerajaan negeri. Justeru Pematap menyifatkan langkah ini selari dengan kehendak maqasid syariah yang menjadi teras kepada pentadbiran negara hari ini dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas pemberian peruntukan ini," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Ahmad Faizal mengumumkan PRE 2 bernilai RM71.17 juta melibatkan pelbagai inisiatif untuk sektor-sektor penting seperti perniagaan, pertanian dan pelancongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perak umum pakej rangsangan kedua lebih RM71 juta

Artikel Berkaitan: