Kantoi hantar dadah naik kereta api

Nanda (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Arau di sini hari ini.
Nanda (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Arau di sini hari ini.
A
A
A

ARAU - Polis menahan seorang lelaki yang membawa dadah dengan menggunakan perkhidmatan kereta api penumpang hasil pemeriksaan permit rentas sempadan pada jam 7.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu menaiki kereta api dari Sungai Petani, Kedah ke Arau, Perlis semata-mata untuk menghantar bekalan dadah tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati dadah dipercayai jenis syabu seberat 1.01 kilogram (kg) dan heroin seberat 2.26kg itu ditemui dalam beg yang digalas lelaki tersebut.

"Kejayaan ini sekali gus melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah di kawasan Perlis dan negeri bersempadanan," katanya ketika sidang ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Arau di sini hari ini.

Menurut Nanda, dadah yang dirampas dianggarkan mampu menampung kegunaan sehingga 1,000 orang penagih.

“Berdasarkan maklumat awal daripada suspek, ini merupakan kali kedua dia menggunakan perkhidmatan kereta api untuk menghantar bekalan dadah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya.

Katanya, hasil soal siasat, polis berjaya menangkap seorang lagi suspek yang berusia 29 tahun di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada jam 1.30 pagi tadi.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.