Imigresen tetapkan prosedur kemasukan pemegang pas MM2H

Khairul Dzaimee pada sidang media berkaitan isu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pejabatnya hari ini. - Foto Bernama
Khairul Dzaimee pada sidang media berkaitan isu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pejabatnya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) telah menetapkan beberapa prosedur untuk kemasukan individu yang memiliki pas Malaysia My Second Home (MM2H) yang terkandas di luar negara ke negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, prosedur itu juga bertujuan memastikan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dikuatkuasakan.

“Pemegang pas MM2H perlu mematuhi syarat antaranya kebenaran masuk hanya diberikan kepada mereka yang telah dikenal pasti dan disenaraikan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) sahaja.

“Kebenaran masuk pula tertakluk kepada pemeriksaan dan pematuhan terhadap syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan Imigresen,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Khairul berkata, individu berkenaan perlu melaksanakan swab test di negara mereka berada dan keputusan ujian tersebut hendaklah negatif.

“Mereka perlu mengemukakan perakuan untuk menanggung sendiri kos kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya melayari portal rasmi www.imi.gov.my dan Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi talian Hotline 03-88882010 untuk sebarang pertanyaan.

Artikel Berkaitan: