Jumpa tangan belakang rumah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MUKAH - Penemuan potongan tangan yang mirip tangan manusia di Kampung Seberang Hilir, Dalat, dekat sini Ahad lalu, kemungkinan milik seekor kera.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Saga Chunggat berkata, perkara itu disahkan selepas pemeriksaan dilakukan di Hospital Mukah.

“Ia mungkin milik seekor kera,” katanya di sini hari ini.

Seorang penduduk kampung tersebut terkejut apabila menemui tangan tersebut di belakang rumahnya sekitar jam 5 petang pada hari tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Pihak polis kemudian membawa tangan kanan yang terputus itu ke Hospital Mukah untuk pemeriksaan.

Saga juga turut mengesahkan tidak ada laporan mengenai kehilangan orang di daerah itu sejak dua bulan lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: