Kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya ada menerima surat permohonan daripada persatuan terbabit dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melihat prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta sedang memperhalusinya.

“Ini kerana kedai gunting rambut adalah satu-satunya industri yang ada sentuhan secara langsung dengan pelanggan.

“Jadi kita perlu pastikan bagaimana kita dapat elakkan jangkitan wabak Covid-19 ini. Perkara ini telah pun kita lihat dan apa yang kita perlukan adalah data melibatkan industri ini,” katanya ketika pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM memerlukan data yang melibatkan pekerja warga asing dalam industri ini sebelum cadangan untuk membuka semula boleh dikemukakan.

Begitupun, katanya, SOP berhubung perkara itu telah pun disediakan dan kini sedang diperhalusi untuk pelaksanaan.

Artikel Berkaitan: