Bahaya jangkitan Covid-19 masih terdapat dalam masyarakat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran bahawa masih terdapat bahaya jangkitan Covid-19 dalam masyarakat meskipun jumlah kes semakin menurun.

Justeru Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai perlu melindungi diri mereka, ahli keluarga dan masyarakat daripada dijangkiti wabak itu.

"Harus diingati bahawa walaupun jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah semakin menurun, namun masih terdapat

bahaya jangkitan dalam kalangan masyarakat.

"Oleh itu, kita mesti menjaga diri kita, keluarga an juga komuniti daripada jangkitan Covid-19," katanya pada sidang media perkembangan terkini kes Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Menurutnya, bersempena Aidilfitri yang dijangka Ahad ini, KKM menyeru orang ramai agar mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti membeli-belah di tempat sesak dan sempit.

"Elakkan mengunjungi tempat di mana penjarakan sosial sukar diamalkan," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga digesa untuk mengelak membawa kanak-kanak atau bayi ke pusat membeli-belah serta tempat awam

Artikel Berkaitan:

yang sesak bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan Covid-19.

"Meskipun ramai pembeli dan peniaga yang akur kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, masih terdapat segelintir masyarakat yang didapati tidak acuh dan secara terang-terangan melanggar SOP yang telah ditetapkan di pusat beli-belah, kedai runcit dan lain-lain pusat pembelian," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ketidakpatuhan terhadap SOP oleh segelintir masyarakat masih membimbangkan.

"Imej dan video yang ditularkan menunjukkan di media sosial masyarakat yang tidak patuh kepada SOP," katanya.

Menurutnya, orang ramai diingatkan supaya patuh kepada 3S seperti disarankan oleh KKM iaitu elakkan kawasan yang sesak, kawasan sempit dan elak bersembang dengan jarak dekat.

"Selain itu, amalkan 3W iaitu kerap cuci tangan, pemakaian topeng muka sangat digalakkan selain elak bersalaman dan amalkan etika batuk dan bersin," katanya.