PKR saman AP, ADUN keluar parti

Gambar kecil: AHMAD KASSIM
Gambar kecil: AHMAD KASSIM
A
A
A

SHAH ALAM – Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen yang keluar daripada parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim berkata, setakat ini tidak ada maklumat atau info terbaharu yang boleh diberikan cuma pihak yang keluar parti akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Tunggu sahaja saman daripada mahkamah,“ katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terkini tindakan terhadap ADUN adan ahli Parlimen yang keluar dari PKR.

Sementara itu, beliau berkata, buat masa ini tidak ada apa-apa maklumat baharu yang boleh dikongsikan.

Katanya, tindakan mereka yang keluar daripada parti bukan menjadi urusan parti lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Dua ADUN PKR keluar parti

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar dari PKR untuk menjadi ADUN Bebas dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[ARTIKEL BERKAITAN] - ADUN Pemanis umum keluar PKR

Tindakan itu membolehkan kerajaan Kedah yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hilang majoriti apabila dua ADUN terbabit keluar dari PH dan menyokong Perikatan Nasional.

Artikel Berkaitan:

Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini hanya tinggal majoriti 17 kerusi berbanding Perikatan Nasional yang diterajui Pas (15), BN (2) dan Bebas (2) mempunyai jumlah keseluruhan 19 buah kerusi.