Anak menjerit semasa wartawan 'live'

Sugalski kelihatan tenang walau diganggu anaknya semasa 'live'. - Foto Metro.co.uk
Sugalski kelihatan tenang walau diganggu anaknya semasa 'live'. - Foto Metro.co.uk
A
A
A

ORLANDO - Seorang pembaca berita kekal tenang walaupun anak lelakinya berusia enam tahun tiba-tiba menjerit di belakangnya semasa siaran langsung sebuah stesen televisyen di Orlando, Florida.

Menurut Metro.co.uk, Martha Sugalski berada di rumah ketika itu dan mengulas secara langsung peraturan ketika menaiki teksi.

Selepas insiden melucukan itu, Sugalski memohon maaf kepada penonton secara langsungdan memperkenalkan anaknya, Heaton kepada penonton.

Beliau juga sempat bergurau bahawa anaknya bimbang tidak dapat makan pencuci mulut gara-gara mengganggu ibunya sedang bertugas.

Ketika wabak koronavirus (Covid-19) sedang menular di seluruh dunia, negara melaksana perintah berkurung hingga memaksa wartawan membuat kerja dari rumah mengikut prosedur operasi standard dan penjarakan sosial.

Artikel Berkaitan: