X

Kindly register in order to view this article
!

Akad nikah di Johor dibenarkan bermula hari ini

Akad nikah dibenarkan di Johor mulai hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan pelaksanaan akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini bermula hari ini.

Sehubungan itu, seramai 826 pasangan yang terpaksa menunda pernikahan berikutan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu kini boleh melaksanakan akad nikah di Pejabat Kadi Daerah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, waktu bernikah ditetapkan mulai pagi mengikut waktu pejabat sehingga 2 petang setiap hari di pejabat berkenaan.

"Semua urusan hari ini nampaknya berjalan lancar, saya berkesempatan melihat secara langsung empat pasangan dinikahkan.

“Mereka semua diatur begitu rapi dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya di Pejabat Kadi Johor Bahru di sini.

Tosrin berkata, sebanyak 300 permohonan baharu bagi kebenaran bernikah sepanjang tempoh PKPB ini diterima Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Beliau berkata, majlis akad nikah tidak boleh melebihi enam orang termasuk pengantin, wali dan saksi selain majlis resepsi pengantin masih tidak dibenarkan kerana melibatkan perhimpunan orang ramai yang bercanggah dengan pelaksanaan PKPB.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!