Harga ayam mentah paling tinggi di Terengganu: KPDNHEP

Rosol (tengah) memeriksa ayam ketika melakukan tinjauan barangan basah di Pasar Awam Sena.
Rosol (tengah) memeriksa ayam ketika melakukan tinjauan barangan basah di Pasar Awam Sena.
A
A
A

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kenaikan harga ayam tertinggi di Terengganu berbanding negeri lain seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya mendapati harga ayam direkodkan di Terengganu mencecah RM9.60 untuk satu kilogram (kg) sedangkan julat harga ayam untuk satu kg sepatutnya adalah di bawah RM6.

"Susulan itu, kita mengeluarkan notis kepada peniaga untuk menyiasat punca kenaikan harga ayam yang melonjak sehingga RM9.60 untuk sekilogram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam mentah naik harga!

Fenomena biasa menjelang raya!

KPDNHEP siasat kenaikan harga ayam

“Setakat ini, sebanyak 103 notis dikeluarkan semalam iaitu tujuh daripadanya berkaitan kenaikan harga ayam dan dijangka meningkat menjelang Aidilfitri,"katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dan tinjauan bekalan keperluan asas di pasar raya di Kangar.

Rosol turut melakukan tinjauan barangan basah di Pasar Awam Sena.

Beliau berkata, pihaknya berharap pengguna konsisten melaporkan kepada KPDNHEP bagi membolehkan tindakan diambil dengan membawa peniaga ke pengadilan sekali gus peniaga dikehendaki memberi penjelasan serta mendedahkan sumber bekalan diperoleh termasuk harga kos mengikut notis dikeluarkan itu.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan rekod, KPDNHEP Perlis telah menjalankan pemeriksaan ke atas 32 premis dalam Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula sejak 12 Mei lalu sementara sebanyak 43 daripada 48 aduan yang diterima berkaitan harga, transaksi dalam talian, barang kawalan dan pelbagai telah diselesaikan, manakala lima masih dalam siasatan.