X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada ADUN PH berpaling tadah

Mukhriz ( tengah) bersama ADUN dari PH Kedah yang menyatakan sokongan terhadapnya pada 27 Februari lalu apabila berlaku peralihan kuasa di peringkat Pusat.
A
A

ALOR SETAR - Tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) yang belot atau berpaling tadah menyokong Perikatan Nasional (PN), ketika kesemua 36 ADUN mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, semalam.

Menurut ADUN PH yang enggan namanya didedahkan, ketika sesi undian terbabit, PH masih kekal dengan 13 sokongan, iaitu lima dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah (4), DAP (2) serta Bersatu (2).

"Tidak benar terdapat dua ADUN belot dan nyatakan sokongan kepada PN, namun kami tidak boleh dedahkan butiran, saya hanya boleh sahkan ia tidak berlaku," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya jumlah yang menyokong PN bertambah kepada 25 sokongan ketika sesi mengadap Tuanku Sultan, berbanding jumlah asal diperoleh PN, sebanyak 23 sokongan.

Sebelum ini, PN memperoleh sokongan 23 ADUN, iaitu 15 daripada Pas, BN (2), bebas yang juga bekas ADUN PKR (2) serta empat dari Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, PN ambil alih Kedah

Seorang ADUN PN pula ketika dihubungi mengesahkan, Pas dijangka mengetuai pembentukan kerajaan baharu apabila memperoleh dua pertiga majoriti sokongan ADUN.

Menurutnya, kedudukan gabungan itu kini kukuh dan tidak lagi tergugat sekiranya berlaku penarikan sokongan di saat akhir.

"Semuanya sudah selesai, jumlah sokongan hanya Tuanku Sultan sahaja yang tahu. Kita hanya menunggu masa berlakunya peralihan kuasa pentadbiran secara rasmi dan mengikut prosedur," katanya.

Semalam, sesi mengadap Sultan Kedah diadakan di Wisma Darul Aman, dimulai dengan 23 ADUN dari PN pada sesi pagi, manakala 13 ADUN PH pada sesi petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis angkat sumpah MB Kedah baharu dijangka esok?


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf