Abu Bakar Bashir bakal dibebaskan

Abu Bakar (depan, dua kanan) bakal dibebaskan minggu hadapan.
Abu Bakar (depan, dua kanan) bakal dibebaskan minggu hadapan.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Ulama Indonesia, Abu Bakar Bashir bakal dibebaskan minggu hadapan selepas hanya menjalani separuh daripada hukuman 15 tahun penjara dikenakan ke atasnya.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 2011.

Abu Bakar ialah pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa mendalangi serangan bom di Bali pada 2002.

Serangan menyasarkan sebuah kelab malam di kawasan tumpuan pelancong di Kuta itu mengorbankan 202 orang, termasuk 88 rakyat Australia.

Pembebasan Abu Bakar, 81, diumumkan di tengah-tengah kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres) 2019, ketika pencabar Joko Widodo atau mesra disapa Jokowi menuduh Presiden itu sebagai tidak Islamik.

"Saya telah mempertimbangkan keputusan ini untuk masa yang lama. Ia melibatkan Ketua Polis Negara dan pakar undang-undang.

"Keputusan untuk membebaskan Abu Bakar dibuat atas pertimbangan kemanusiaan, selain masalah kesihatan," kata Jokowi.

Peguam Abu Bakar, Muhammad Mahedradatta berkata, ulama tersebut dijangka dibebaskan dalam tempoh terdekat. - Agensi

Artikel Berkaitan: