Warga emas tinggal sehelai sepinggang

Rumah sewa Lok Ngek di Kampung Pandan Dua, di sini, musnah 100 peratus dan tiada apa yang mampu diselamatkan dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah malam tadi.
Rumah sewa Lok Ngek di Kampung Pandan Dua, di sini, musnah 100 peratus dan tiada apa yang mampu diselamatkan dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas trauma selepas rumah sewa yang didiami bersama adiknya di Kampung Pandan Dua, di sini musnah dalam sekelip mata malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua rumah papan rentung, manakala sebuah lagi musnah pada bahagian dapur dan dinding ruang tamu, selain kerosakan kenderaan di garaj.

Mangsa, Ng Lok Ngek, 60, berkata, selepas mendengar letupan dan bau asap di dapur rumahnya, beliau segera bertindak untuk memadamkannya, namun tidak berjaya kerana api itu sudah marak di bahagian dinding rumah.

"Api yang dilihat kecil pada mulanya menjadi marak hanya dalam beberapa saat dan saya segera menyelamatkan diri bagi mengelak terperangkap.

"Sebaik sahaja saya keluar, api sudah mula merebak ke rumah yang kedua dan begitu besar sekali sehingga saya menjerit meminta tolong dalam keadaan ketakutan," katanya ketika ditemui di Balai Raya Kampung Pandan 2 hari ini.

Lok Ngek menceritakan kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas di Balai Raya Kampung Pandan Dua, di sini, selepas kejadian kebakaran malam tadi.
Lok Ngek menceritakan kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas di Balai Raya Kampung Pandan Dua, di sini, selepas kejadian kebakaran malam tadi.

Lok Ngek berkata, jeritannya membuatkan jiran yang lain keluar dan segera menghubungi bomba bagi mengelak api terus marak di beberapa buah rumah lain yang berada berdekatan.

Berikutan kejadian itu, beliau bersama adiknya, Ng Yong Pat, 40, terpaksa mencari rumah sewa baharu namun buat masa ini, kedua-duanya terpaksa tinggal di balai raya kerana proses untuk mendapatkan rumah bukan sesuatu yang mudah.

Artikel Berkaitan:

"Jadi untuk seminggu dua ini, terpaksalah duduk di sini (balai raya) tapi saya kena cari rumah sewa yang murah-murah untuk didiami.

"Saya ini kerja di kilang papan dan akan cari rumah sewa pada kadar yang bersesuaian dengan pendapatan yang tidak banyak," katanya.

Dalam pada itu, Lok Ngek pasrah dengan apa yang berlaku dan menganggap kejadian tersebut sebagai satu ujian kepadanya dua beradik.