Tular surat bebas Covid-9 dijual di laman sosial

Surat bebas Covid-19 dijual tular di laman sosial. - Foto Detik News
Surat bebas Covid-19 dijual tular di laman sosial. - Foto Detik News
A
A
A

JAKARTA - Penularan surat sijil kesihatan bebas koronavirus (Covid-19) dijual dalam talian dengan harga Rp70,000 (RM20) menarik perhatian ramai kerana boleh mengundang kekeliruan.

Berdasarkan tangkap layar ditemui di Twitter, pelbagai harga ditetapkan antaranya dari Rp39,000 (RM11) hingga Rp70,000 (RM20).

Menerusi laporan Detik News, akaun Twitter @ Do*t*rPo*ca*t menunjukkan surat itu didakwa dari sebuah hospital di Serpong.

Dalam pada itu, Hospital Mitra Keluarga menafikan perkara itu dan penjualan sijil kesihatan berkenaan secara percuma dalam talian adalah salah.

"In tidak benar, kami sedang menyiasat secara keseluruhan perkara ini.

"Dari pihak kami, tidak pernah mendedahkan sijil Covid-19 kepada sesiapa dan informasi itu tidak benar," kata wakil Rumah Sakit Mitra Gading Serpong, Aziz, ketika dihubungi.

Menjawab persoalan itu, Dekan Fakulti Perubatan Universitas Indonesia (FKUI), Profesor Dr Ari Fahrial Syam mengatakan untuk mendapatkan sijil bebas Covid-19, ujian swab harus dilakukan terlebih dahulu.

"Pihak hospital menafikan, ini bermaksud penipuan telah berlaku, tidak ada istilah bahawa surat bebas Covid-19 mudah diperoleh.

Artikel Berkaitan:

"Perlu melakukan ujian swab terlebih dahulu dan peroleh hasil dari makmal," katanya.