X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Polis nafi insiden gaduh babit warga Rohingya, anggota MPS

A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.

“Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia,” katanya ringkas kepada Bernama.

Hari ini tular di media sosial, sebuah rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba untuk membelasah sekumpulan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!