Mariam gemar ke masjid, dengar azan

Mariam masih mempelajari ilmu agama Islam dan berpuasa buat pertama kalinya tahun ini. - Foto Instagram Mariam_Revert
Mariam masih mempelajari ilmu agama Islam dan berpuasa buat pertama kalinya tahun ini. - Foto Instagram Mariam_Revert
A
A
A

LONDON - Kisah seorang wanita warga emas yang hidup sebatang kara diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah ketika usia 85 tahun kini menarik perhatian ramai apabila mula berpuasa buat pertama kalinya tahun ini.

Memeluk Islam pada usia 84 tahun, kisah Mariam memberi inspirasi kepada orang ramai apabila beliau bersyukur dipilih ALLAH menjadi seorang Muslim dan kini merasa hidupnya semakin tenang.

Perkongsian kehidupan Mariam dimuat naik di Instagram Mariam_Revert dan kini, beliau sedang gigih belajar membaca al-Quran, berpuasa walaupun di usia emas.

"Pada bulan mulia ini, marilah kita menolong saudara dan saudari kita memahami al-Quran terutama kepada mereka yang alami kecacatan pendengaran. Marilah kita menyokong untuk menyampaikan ayat-ayat al-Quran melalui penterjemahan bahasa isyarat dan bahasa Inggeris," tulisnya.

Pada entri tersebut, Mariam juga gemar datang ke masjid dan mendengar laungan azan.

Beliau juga gemar menghadiri solat secara berjemaah di masjid dan dibimbing supaya mengamalkan sikap dermawan.

Sebelum ini, kisah Mariam tular di laman sosial kerana pertama kalinya menjejakkan kaki di Redbridge Islamic Center (RIC) pada 19 Disember 2019 dan mengucap dua kalimah syahadah.

Mariam tiada keluarga atau pun adik-beradik, namun tergerak hati untuk pergi ke masjid tersebut dan kini bersama saudara seislam di RIC mendalami ilmu Islam dan tidak lagi bersendirian.

Artikel Berkaitan: