Lelaki asing parah ditikam depan rumah

Polis melakukan siasatan kes seorang lelaki warga asing ditemukan terbaring dengan beberapa kesan tikaman di hadapan rumahnya di Permas Jaya, Johor Bahru.
Polis melakukan siasatan kes seorang lelaki warga asing ditemukan terbaring dengan beberapa kesan tikaman di hadapan rumahnya di Permas Jaya, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga asing ditemukan terbaring dengan beberapa kesan tikaman di hadapan rumahnya di Permas Jaya, sini.

Dalam kejadian pada jam 7.09 petang, mangsa yang berusia 38 tahun cedera parah sebelum orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, sebuah peronda polis (MPV) ke lokasi kejadian sebelum sebuah ambulan membawa mangsa ke hospital.

"Berikutan itu, kita menahan seorang lelaki warga asing di lokasi kejadian dan merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pihak polis masih menyiasat hubungan suspek yang juga berusia 38 tahun dengan mangsa termasuk motif kejadian.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sampai 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan.

Artikel Berkaitan: