Tiada kes Covid-19 di Pasar Awam Kuala Pilah

Kerja-kerja pemasangan pagar penghadang di pintu masuk Pasar Awam Kuala Pilah yang dibuat oleh Bahagian Penyelenggaraan Majlis Daerah Kuala Pilah bagi mengawal pergerakan dan kemasukan orang ramai ke Pasar Awam Kuala Pilah. - Foto Twitter M.D Kuala Pilah
Kerja-kerja pemasangan pagar penghadang di pintu masuk Pasar Awam Kuala Pilah yang dibuat oleh Bahagian Penyelenggaraan Majlis Daerah Kuala Pilah bagi mengawal pergerakan dan kemasukan orang ramai ke Pasar Awam Kuala Pilah. - Foto Twitter M.D Kuala Pilah
A
A
A

KUALA PILAH - Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah menafikan dakwaan bahawa terdapat satu kes baharu koronavirus (Covid-19) melibatkan kluster kilang ayam di Pasar Awam Kuala Pilah, Pedas seperti mana yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, memang terdapat pertambahan satu kes positif Covid-19 yang telah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah pada jam 1.30, Isnin lalu yang menjadikan jumlah komulatif positif Covid-19 di daerah ini sebanyak tujuh kes.

Menurutnya, kes itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang dikesan positif selepas menjalani saringan Covid-19 pada 8 Mei di sebuah tapak pembinaan di Seremban.

"Lelaki berkenaan dimasukkan ke Hospital Rembau dan kontak rapat juga telah dikenal pasti untuk dikuarantin selama 14 hari.

“Pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan untuk mencari punca jangkitan dan sehingga ke hari ini tiada lagi kes yang melibatkan peniaga Pasar Awam Kuala Pilah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Faizal menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih kerana ia boleh menggugat keharmonian serta mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

"Sehingga kini Pasar Awam Kuala Pilah masih lagi beroperasi seperti biasa," katanya.

Artikel Berkaitan: