Lelaki parah 'diadun' mesin pembancuh biskut

Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang berlumuran darah akibat termasuk ke dalam mesin pembancuh adunan di Teluk Intan hari ini. Foto: JBPM Perak.
Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang berlumuran darah akibat termasuk ke dalam mesin pembancuh adunan di Teluk Intan hari ini. Foto: JBPM Perak.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki parah selepas termasuk ke dalam mesin pembancuh adunan di sebuah kilang biskut di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 2.18 petang itu, mangsa dikenali sebagai Tong Chow Seng, 40-an, mengalami patah tangan kanan dan melecur sebahagian badan kiri akibat terkena air panas dalam mesin tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Radzuan Ramli berkata, seramai 16 anggota dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Berdasarkan maklumat, mangsa termasuk ke dalam mesin selepas bajunya tersangkut menyebabkan mangsa terpusing bersama bahan adunan.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan memotong besi yang menyebabkan baju mangsa tersangkut dengan menggunakan ‘power saw’,” katanya.

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan ‘power saw’. Foto: JBPM Perak
Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan ‘power saw’. Foto: JBPM Perak

Menurutnya, mangsa yang berlumuran darah berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian dan diserahkan kepada pegawai perubatan yang berada di lokasi.

“Mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 2.51 petang,” katanya.

Artikel Berkaitan: