BPN fasa dua dijangka selesai menjelang hujung minggu

TENGKU ZAFRUL
TENGKU ZAFRUL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menyasarkan untuk menyempurnakan kesemua pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa dua selewat-lewatnya menjelang hujung minggu ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bayaran fasa dua telah bermula melibatkan 5.79 juta penerima dengan jumlah RM2.63 bilion.

“Daripada (keseluruhan) 8.3 juta penerima yang telah diluluskan, pencapaian pembayaran fasa satu adalah pada kadar 96 peratus manakala fasa dua yang sedang berjalan ini di tahap 49 peratus,” katanya semasa membentangkan Laporan Kelima Pencapaian Prihatin-Laksana hari ini.

Beliau berkata, bayaran fasa dua akan diteruskan pada minggu ini dan bagi penerima yang tiada akaun bank atau berstatus Gagal Kredit, penerimaan bayaran secara tunai akan boleh dibuat daripada BSN mulai 14 Mei.

“Ini dianggarkan akan melibatkan 800,000 penerima dengan peruntukan RM300 juta,” katanya.

Sementara itu, bagi perlaksanaan projek kerajaan berskala kecil, Tengku Zafrul berkata, senarai projek yang telah dimuktamadkan adalah bernilai RM2.4 bilion.

Katanya, pihak kementerian telah mengeluarkan pekeliling berhubung tatacara perolehan selaras dengan keperluan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebagai contoh, dengan keperluan penjarakkan sosial, proses cabut undi tidak lagi akan diadakan dalam dewan dengan dihadiri beratus kontraktor tetapi dibuat di pejabat kerajaan dengan siaran langsung melalui media sosial.

Artikel Berkaitan:

“Agensi kerajaan yang berkenaan disarankan mengguna garis panduan baharu untuk menyegerakan proses perolehan dan pelaksanaan projek,” katanya. - Bernama