Warga emas didakwa kes bunuh

Laporan Sinar Online 4 Mei lalu mengenai warga emas yang ditemukan mati dalam parit.
Laporan Sinar Online 4 Mei lalu mengenai warga emas yang ditemukan mati dalam parit.
A
A
A

MANJUNG - Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita warga emas kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Shaharudin Zakaria, 65, dari Kampung Pasir Panjang di sini, sekadar mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian terhadap Zaharah Khalid, 72, di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang di sini, sekitar jam 8 malam pada 3 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farahiyah Nadzri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Sinar Harian 4 Mei lalu melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan separuh badan tenggelam dalam parit dipercayai dibunuh oleh suspek yang juga penduduk kampung sama.

Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka menyebabkan mangsa dipukul dan dipijak sebelum dicampak di parit yang terletak kira-kira 400 meter dari rumah tertuduh.

Artikel Berkaitan: