Peluk cium dari kejauhan untuk ayah dan ibu tercinta

Bukan sahaja mematuhi jarak sosial tetapi juga tidak ada peluk cium, bersalaman seperti amalan yang selalu ketika menyambut Aidilfitri.
Bukan sahaja mematuhi jarak sosial tetapi juga tidak ada peluk cium, bersalaman seperti amalan yang selalu ketika menyambut Aidilfitri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia ‘berkurung’ di rumah bersama ahli keluarga masing-masing namun tidak semua berpeluang merasai nikmat itu apabila ada di antara mereka yang terpisah daripada pasangan, anak, cucu, serta saudara mara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ramai yang sedang menanggung rindu apabila sekian lama terpisah dengan insan tersayang dan tidak dapat bersua muka, malah hanya sekadar bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.

Bak kata pepatah ‘air dicincang tidak akan putus’, begitulah diibaratkan eratnya hubungan kekeluargaan walau pada saat-saat sukar melawan penularan koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Bagaimanapun, masyarakat perlu mematuhi saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bukan sahaja mematuhi jarak sosial tetapi juga tidak ada peluk cium, bersalaman seperti amalan yang selalu ketika menyambut Aidilfitri.

"Jika tidak dapat amalkan jarak sosial lebih baik kita kurangkan melawat,” katanya pada sidang akhbar harian di Putrajaya petang semalam.

ARTKEL BERKAITAN: 'Tiada salam, ciuman ketika beraya'

Lagu Dendang Perantau jadi bualan netizen

Memandangkan Aidilfitri akan disambut umat Islam pada 24 Mei ini dalam suasana normal baharu, beliau mahu perayaan itu disambut berlandaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa berhari raya termasuk mengehadkan jumlah pelawat pada satu-satu masa.

Artikel Berkaitan:

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Kerajaan juga memberi peringatan tidak digalakkan membawa kanak-kanak ke tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah seperti kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar harian perkembangan PKPB.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan mempertimbang untuk memasukkan tindakan membawa kanak-kanak ke premis berkenaan ke dalam Akta 342 sebagai perkara yang dilarang jika masih ramai ibu bapa berbuat demikian sepanjang PKPB dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang larang bawa anak ke pusat beli-belah

Setakat ini, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), masih tiada sebarang sekatan untuk membawa anak kecil ke premis tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah.

Hari ini hari ke-56 pelaksanaan PKP dan hari ke-sembilan PKPB. Situasi Covid-19 di Malaysia kekal dua digit dengan penambahan 70 kes baharu menjadikan jumlah kes positif 6,726 kes setakat semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan tempoh PKPB dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan. - Bernama