Mayat ditemukan terapung berhampiran Pulau Kazambo

Mayat mangsa yang ditemui dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Mayat mangsa yang ditemui dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
A
A
A

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung berhampiran Pulau Kazambo dekat Jambatan Pulau Pinang, di sini petang semalam.

Mayat Lee Swee Kheng, 50, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat selepas mangsa dilaporkan terjatuh dari jambatan berkenaan pada jam 9 pagi hari yang sama.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, sebelum terjatuh, mangsa berasal dari Teluk Kumbar itu dikatakan menghentikan motosikalnya di Kilometer 5.3 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau menuju ke Perai.

"Sebaik menerima laporan kejadian, operasi mencari dan menyelamat mangsa terus digerakkan yang turut melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Mayat lelaki berkenaan ditemui jam 3.15 petang dalam keadaan tidak memakai baju dan berseluar jeans paras lutut biru muda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hamizan berkata, mayat dibawa ke Jeti PPM Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, keluarga lelaki berkenaan datang membuat pengecaman dan menuntut mayat sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan.

Artikel Berkaitan: