Reman pemandu rempuh polis disambung lagi

Fadzil
Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Reman ke atas pemandu Toyota Hilux yang mengakibatkan kematian seorang anggota polis maut dalam kemalangan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Semenyih disambung tiga hari lagi bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan hari ini berkata, permohonan itu dibuat pagi tadi.

"Reman dibenarkan sehingga Rabu," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang dipandu lelaki berusia 44 tahun terbabit.

Suspek yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kemudian direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu mabuk rempuh polis direman semula

Kemudian, reman ke atas suspek disambung tiga hari lagi untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Suspek bagaimanapun ditahan semula pada hari yang sama untuk siasatan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh pihak JSJ Selangor sebelum direman tiga hari bemula Sabtu hingga Isnin.

Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: