Majlis kahwin 'online' jadi trend di China

Jialun (tengah) dan Yitong ketika majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara live streaming di Hangzhou, wilayah Zheijiang pada 1 Mei lalu. - FOTO: AFP
Jialun (tengah) dan Yitong ketika majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara live streaming di Hangzhou, wilayah Zheijiang pada 1 Mei lalu. - FOTO: AFP
A
A
A

BEIJING - Pasangan di China ini menjadi antara pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan secara live streaming yang semakin menjadi trend ketika musim pandemik koronavirus (Covid-19).

Acara mengikat tali kasih antara Ma Jialun dan Zhang Yitong yang diadakan di bandar Hangzhou pada 1 Mei lalu turut disaksikan lebih 100,000 'tetamu' menerusi live streaming di laman Bilibili.

Malah, era penjarakan sosial ini juga agak berbeza berikutan kebanyakan 'tetamu' memberikan wang maya sebagai hadiah perkahwinan selain memberikan tanda like dan komen untuk menyatakan ucapan tahniah.

Pasangan tersebut pada mulanya merancang untuk berkahwin pada Januari lalu, namun mereka terperangkap dalam bandar yang berlainan ketika langkah perintah berkurung atau lockdown dikuatkuasakan.

Sehingga kini, larangan masih dikenakan ke atas perhimpunan awam termasuk majlis perkahwinan.

Persediaan majlis tersebut bagaimanapun kembali dibuat selepas kesemua wilayah di China mula menarik balik langkah perintah berkurung dan kehidupan penduduk kembali normal namun bakal pengantin hanya mempunyai satu pilihan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka iaitu secara dalam talian dan ia kini menjadi semakin popular di China.

Di samping itu, usahawan kreatif juga memperoleh keuntungan dengan menawarkan kesan khas untuk memeriahkan lagi acara tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: