Dua pelajar kena tetak ketika live-streaming

Kedua-dua mangsa sedang berbual dengan netizen sebelum seorang lelaki berpakaian hitam menyerang secara tiba-tiba. - Foto: Agensi
Kedua-dua mangsa sedang berbual dengan netizen sebelum seorang lelaki berpakaian hitam menyerang secara tiba-tiba. - Foto: Agensi
A
A
A

BEIJING - Dua pelajar di China cedera selepas ditetak dengan pisau ketika kejadian yang turut disiarkan secara langsung pada Selasa.

Media tempatan melaporkan insiden menggemparkan itu berlaku di kafeteria Xiamen Huatian International Vocational and Technical College ketika kedua-dua mangsa sedang berbual dengan netizen sebelum seorang lelaki berpakaian hitam menyerang secara tiba-tiba.

“Kedua-dua pelajar itu dikenali sebagai Shi dan Ye bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri. Objek dipercayai tangan salah seorang daripadanya dilihat terpelanting di dalam video itu turut menjadi tular.

“Tangan salah seorang mangsa terputus, manakala rakannya cedera pada bahagian belakang,” menurut laporan media.

Beberapa netizen turut mempersoalkan sama ada ia adalah tangan sebenar atau hanya prop sebelum Shi dibawa menaiki ambulans dengan bahagian lengan kirinya berbalut.

Suspek dikenali sebagai Luo yang melarikan diri berjaya ditahan pada Rabu. - Agensi