Suami isteri berjauhan diberi kelonggaran rentas negeri

 Kerajaan memberikan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri kepada suami isteri yang tinggal berjauhan disebabkan urusan kerja.
Kerajaan memberikan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri kepada suami isteri yang tinggal berjauhan disebabkan urusan kerja.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memberikan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri kepada suami isteri yang tinggal berjauhan disebabkan urusan kerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segelintir suami isteri bekerja di negeri berlainan antara satu sama lain sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berjumpa dengan keluarga selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.

"Bagi yang melibatkan perjalanan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya mohon supaya kerajaan negeri juga memberikan kelonggaran yang sama," katanya pada Perutusan Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurutnya, permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

Artikel Berkaitan: