Enam lelaki terlibat kes gaduh diberkas

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam lelaki ditahan berhubung kes gaduh di hadapan sebuah kedai di Jinjang Utara, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua lelaki yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 21 hingga 24 tahun.

"Kita turut merampas sebuah motosikal, topi keledar, sebatang kayu dan pakaian yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mazlan berkata, tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik dan jenayah kekerasan.

"Mereka ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Mei ini," katanya.

Dalam kejadian pada jam 9.32 malam itu, polis menerima panggilan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki yang dipercayai bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai.

Sepasukan polis dari Balai Polis Jinjang bergegas ke tempat kejadian mendapati dua mangsa, salah seorang daripada mereka terbaring di atas jalan dalam keadaan cedera parah.

Mangsa berusia 24 tahun itu luka akibat dikelar di badan, tangan dan kaki dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut, manakala, mangsa kedua pula mengalami luka kecil.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.