Aziz Bari, Ketua Pembangkang DUN Perak

ABDUL AZIZ
ABDUL AZIZ
A
A
A

IPOH - Naib Pengerusi DAP Perak yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak yang baharu.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini berkata, lantikan itu dibuat menerusi Majlis Pimpinan PH negeri.

"Beliau adalah seorang pakar undang- undang khususnya dalam bidang Perlembagaan. Beliau juga merupakan tokoh akademik dan mantan Profesor Fakulti Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Majlis Pimpinan PH percaya, beliau akan memainkan peranan utama sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak dalam sistem demokrasi berparlimen negara kita," katanya.

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi pernah menyandang jawatan sebagai Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari 2020.

PH di Perak kini diwakili 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DAP (16), Amanah (5) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR-3).

Persidangan DUN Perak akan berlangsung pada 12 Mei ini dengan pentadbiran kerajaan baharu Perikatan Nasional.

Artikel Berkaitan: