X

Kindly register in order to view this article
!

Tesco, Food Aid hulur bantuan

Kamarul (kanan) dan Siuew Luan menyiapkan juadah yang diagihkan di Tesco Kota Bharu kelmarin.
A
A

KOTA BHARU - Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd tetap melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Food Aid Foundation Kota Bharu.

Program Ramadan Cook Out with Food Aid Foundation kali ini melibatkan seramai 18 kakitangan Tesco dan Food Aid yang menyediakan sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa iaitu gulai kurma daging, ayam goreng kunyit, jelatah nanas, sambal belacan dan kuih talam pisang serta talam keladi.

Kerjasama kali ketiga melibatkan kedua-dua pihak berkenaan sempena Ramadan menggunakan konsep penghantaran makanan ke rumah bagi mematuhi arahan penjarakan sosial dalam tempoh PKP.

Kakitangan Tesco dan Food Aid menyediakan bahan-bahan untuk menu jelatah nanas.
Kakitangan Tesco dan Food Aid menyediakan bahan-bahan untuk menu jelatah nanas.

Program tersebut dilaksanakan di tiga buah negeri melibatkan cawangan-cawangan Tesco di Kedah, Perak dan Kelantan.

Pada masa yang sama, Tesco turut menganjurkan program Tabung Kiriman Ikhlas dengan kerjasama Food Aid Foundation dan Mondelez Internasional.

Pengurus Besar Tesco Cawa-ngan Kelantan, Koh Siuew Luan berkata, menerusi Tabung Kiriman Ikhlas, setiap pembelian RM30 barangan Tesco atau Mondelez, sebanyak RM1 akan disalurkan dan dimasukkan ke dalam tabung tersebut.

“Daripada dana itu, Tesco akan menyediakan barangan keperluan asas untuk diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan melalui Food Aid,” katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin.

Sementara itu, Eksekutif Pengurusan Food Aid Foundation Kota Bharu, Kamarul Ariffin Abd Manan berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama yang diberikan pihak Tesco terutama bagi menjayakan misi membantu golo-ngan yang memerlukan.

Sempena Program Ramadan Cook Out with Food Aid Foundation kali ini, dua lokasi utama menjadi pilihan untuk pengagihan makanan iaitu di kawasan Lubok Jong, Pasir Mas dan Bachok.

Penduduk Bachok yang menerima pek makanan berbuka puasa daripada Tesco dan Food Aid kelmarin.
Penduduk Bachok yang menerima pek makanan berbuka puasa daripada Tesco dan Food Aid kelmarin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus