37,476 pelajar IPT selamat dihantar pulang

Pelajar IPT menunggu giliran sebelum menaiki bas ketika proses penghantaran 417 pelajar IPT yang berasal dari zon timur di Dataran UTM malam tadi. -Foto Bernama
Pelajar IPT menunggu giliran sebelum menaiki bas ketika proses penghantaran 417 pelajar IPT yang berasal dari zon timur di Dataran UTM malam tadi. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 37,476 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah selamat dihantar pulang oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dari kampus ke kediaman keluarga masing-masing sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk hari ini pula seramai 685 pelajar di zon selatan dijadualkan untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing di Zon Perak melibatkan 57 bas dan enam van.

"Seramai 53 pelajar di zon Sabah juga akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing di zon Sabah melibatkan tiga buah bas dan sebuah van.

"Untuk semalam sahaja KPT menghantar pulang seramai 6,517 pelajar," katanya katanya pada sidang media (Non Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pelajar yang dihantar pulang semalam itu adalah seramai 1,018 orang dari zon Perak dan dihantar ke kampung halaman di zon selatan dan1,549 pelajar di zon tengah ke zon utara.

Katanya, seramai 1,818 pelajar di zon selatan telah dihantar pulang ke kampung halaman di zon timur serta 685 pelajar di zon tengah ke zon selatan.

Tambahnya, sebanyak lapan penerbangan telah dijadualkan untuk menghantar pulang seramai 1,229 pelajar.

Menurut beliau, ia membabitkan penerbangan dari Lapangan Terbang Alor Setar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching; penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Lapangan Terbang Alor Setar dan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Artikel Berkaitan:

Ia juga melibatkan penerbangan dari Lapangan Antarabangsa Kuching ke LapanganTerbang Antarabangsa Senai; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak serta penerbangan dari Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.