X

Kindly register in order to view this article
!

PKP: Bantuan diagihkan kepada peneroka secara berperingkat

Razak (tengah) bersama barangan asas Felda yang diagihkan buat peneroka
A
A

JENGKA - Bantuan barangan asas Felda kepada peneroka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan koronavirus (Covid-19), sudah mula diagihkan secara berperingkat sejak beberapa hari lalu.

Exco Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, program bakul makanan untuk semua peneroka itu membuktikan tanda keprihatinan agensi tersebut kepada peneroka.

"Mana-mana tanah rancangan yang belum menerima pakej barangan diminta supaya bersabar berikutan urusan pengagihan itu berskala besar," katanya.

Menurutnya, pakej barangan disediakan oleh Koperasi Permodalan Felda Trading Sdn Bhd melalui Kedai D’Mart dihantar ke Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) secara berperingkat-peringkat.

Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 memberitahu, setiap peneroka akan menerima barangan iaitu beras, gula pasir, minyak masak, susu pekat manis, kurma, biskut krim dan mi segera.

Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Afzal Hanis Hamid Abd Kadir berkata, berdasarkan surat diterima pihaknya, Felda bersetuju menyumbang barang makanan asas kepada 112,638 peneroka daripada 317 rancangan seluruh negara membabitkan peruntukan kira-kira RM5.7 juta.

"Saya berharap warga Felda terus mematuhi tempoh PKP selain berjimat cermat sepanjang tempoh ini," ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!