PKPB: Berbaloikah kita bersesak membeli-belah?

Kerajaan sentiasa mengingatkan bahawa penularan wabak ini masih berleluasa dan ia tertakluk kepada disiplin rakyat dalam memastikan ia benar-benar jatuh ke angka sifar. Foto: 123RF
Kerajaan sentiasa mengingatkan bahawa penularan wabak ini masih berleluasa dan ia tertakluk kepada disiplin rakyat dalam memastikan ia benar-benar jatuh ke angka sifar. Foto: 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini PKP Bersyarat (PKPB), satu hakikat yang perlu diterima ia adalah tempoh yang sukar dengan ramai yang mengalami pelbagai masalah.

Namun jika semua asyik mahu bersenang-lenang sekarang, berkumpul, membeli-belah dengan senang hati, akibatnya mungkin kita terpaksa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan berikutan wabak Covid-19 masih menjadi ancaman di negara ini.

Satu persatu kluster Covid-19 muncul dengan yang terbaru dikesan adalah kluster melibatkan sebuah pusat beli-belah di Cheras di sini, namun dengan adanya PKP dan pelbagai perancangan membolehkan ia dikawal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan setakat ini 10 kes positif dilaporkan dalam kluster berkenaan melibatkan sembilan warganegara Nepal dan seorang rakyat tempatan.