'Kejuaraan yang sukar dipercayai'

Pemain Bayern meraikan kejuaraan memenangi Bundesliga. FOTO: AFP
Pemain Bayern meraikan kejuaraan memenangi Bundesliga. FOTO: AFP
A
A
A

BAYERN Munich meraih kejuaraan Bundesliga buat kali ke-11 berturut-turut secara dramatik selepas melakar kemenangan 2-1 dalam aksi terakhir liga menentang Cologne.

Ia sekali gus menyaksikan Bayern 'merampas' kejuaraan yang sepatutnya ditabalkan kepada Dortmund selepas lawannya itu hanya seri 2-2 menentang Mainz.

Bayern menamatkan saingan liga dengan 71 mata dan berada di puncak Bundesliga dengan perbezaan gol daripada Dortmund.

RB Leipzig dan Union Berlin masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat dan bakal beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

"Ia sukar untuk dipercayai yang saya menyertai pemburuan gelaran seperti ini.

"Orang yang mempunyai minat dalam bola sepak merasakan yang kami tidak layak (gelaran) dan saya memahaminya kerana pada babak kedua musim, ia sangat mencabar buat kami.

"Apapun, ia masih sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Saya pernah berharap ia berlaku tetapi tidak memikirkan ia bakal terjadi," kata tonggak utama Bayern, Thomas Mueller.