Tun M usul undi tidak percaya PM?

Usul undi tidak percaya Perdana Menteri yang tular hari ini.
Usul undi tidak percaya Perdana Menteri yang tular hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu notis usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tular, hari ini.

Usul yang tular itu dipercayai adalah mahu satu ketetapan bahawa Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Surat itu bertarik 4 Mei dan ditujukan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Sebelum ini, Mohamad Ariff menolak usul serupa dari Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal yang mahu ketetapan bahawa Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan majoriti oleh ahli-ahli Dewan Rakyat menurut Peraturan Mesyuarat yang sama.

[ARTIKEL BERKAITAN] - YDP Dewan Rakyat sahkan terima usul Shafie Apdal

"Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Semporna serta perincian penjelasannya. Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

'Ini kerana ia mempertikaikan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan Perdana Menteri," kata Mohamad Arif dalam satu surat balas kepada usul tersebut di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: