X

Kindly register in order to view this article
!

YDP Dewan Rakyat sahkan terima usul Shafie Apdal

Usul percaya Semporna
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff M Yusof mengesahkan ketulenan sekeping surat yang tular mengenai usul yang dikeluarkan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Usul itu adalah mengenai ketetapan bahawa Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan majoriti oleh ahli-ahli Dewan Rakyat menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

"Tunggu kenyataan penuh Dewan Rakyat pada Jumaat (8 Mei)," katanya dipetik dari TheStar hari ini.

Pada 17 April lalu, Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat mengeluarkan notis kepada semua ahli Parlimen bahawa Dewan Rakyat hanya bersidang pada satu hari iaitu 18 Mei ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyampaikan titah Diraja ketika merasmikan Parlimen pada jam 10 pagi pada hari berkenaan.

Sekretariat Dewan Rakyat juga memberitahu bahawa hanya undang-undang dan hal-hal kerajaan yang berkaitan dengan isu memerangi Covid-19 sahaja akan menjadi fokus.

Oleh itu, ia menyatakan bahawa tidak akan ada sesi soal jawab, sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis atau usul yang dikemukakan di Dewan.

Parlimen sepatutnya bersidang pada 9 Mac lalu tetapi ditangguhkan susulan Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!