X

Kindly register in order to view this article
!

Warga asing ditangkap kerana menjaja, berniaga boleh diusir

Muka hadapan Sinar Harian hari ini berhubung isu berkenaan. Gambar kecil: Khairul Dzaimee
A
A

KUALA LUMPUR - Warga asing yang ditangkap kerana terlibat dalam perniagaan dan penjajaan di negara ini boleh dikenakan tindakan tegas termasuk diusir keluar daripada negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya juga akan menyenarai hitam mereka yang ditangkap atas kesalahan berkenaan.

Menurut beliau, perkara itu selaras di bawah perkara 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963, iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial yang dikeluarkan.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menguatkuasakan perkara berkenaan.

“Tindakan dan operasi akan dilakukan oleh pihaknya dari masa ke masa,” katanya ketika dihubungi hari ini sebagai mengulas langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Semalam Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan mengakui DBKL menghadapi masalah kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: DBKL tegas pastikan tiada warga asing berniaga

Menurut beliau, kebanjiran peniaga warga asing ini secara langsung memberikan impak yang tidak baik kepada peniaga tempatan serta mencemarkan imej bandar raya Kuala Lumpur.

Nor Hisham berkata, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!