Covid-19: KKM tamatkan pemantauan dua kluster di Selangor

Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kluster di Selangor iaitu Seksyen Enam Bangi dan Warga Emas telah tamat tempoh pemantauan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kluster itu ditamatkan semalam dan hari ini.

"Dua kluster telah tamat pemantauan iaitu kluster Seksyeb Enam Bangi yang melibatkan 31 kes dengan satu kematian.

"Satu lagi kluster ialah Warga Emas yang melibatkan 36 kes positif dengan lima kematian direkodkan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini kes Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat dua kluster yang masih aktif di negara ini apabila merekodkan pertambahan kes positif baharu.

"Kluster Sungai Lui di Selangor mencatatkan pertambahan 13 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 174 orang.

"Selain itu kluster pengawal keselamatan di Cheras dengan pertambahan tujuh kes baharu menjadikan keseluruhan 10 kes," katanya.

Artikel Berkaitan: