3,700 pekerja Uber AS diberhentikan

Uber
Uber
A
A
A

SAN FRANCISCO - Uber Technologies Inc memberhentikan kira-kira 3,700 pekerja sepenuh masa di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat, syarikat itu merancang mengurangkan perbelanjaan operasinya sebagai langkah mengatasi cabaran ekonomi dan ketidakpastian disebabkan wabak serta kesannya terhadap perniagaan.

Akibat jumlah perjalanan yang lebih rendah dan pembekuan pengambilan pekerja, Uber memutuskan mengurangkan perkhidmatan sokongan pelanggan dan jumlah pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Dara Khosrowshahi berkata, kesepakatan juga telah dicapai dengan Lembaga Pengarah Uber, berkuat kuasa 2 Mei untuk melepaskan gaji pokoknya untuk baki tahun yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Syarikat menganggarkan akan menanggung kira-kira AS$20 juta untuk faedah pemberhentian dan lain-lain kos. - Bernama

Artikel Berkaitan: