X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja kilang maut kereta dipandu rakan terbabas

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk dalam kejadian pagi tadi.
A
A

BUKIT MERTAJAM- Seorang pekerja kilang maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Bukit Lengkok-Kulim, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, Abdullah Ahmad, 32, maut di tempat kejadian kerana parah di kepala manakala rakannya, Muhammad Fakrulnizam Fazli, 23, yang juga pemandu kereta turut parah di kepala namun dilaporkan stabil.

"Kejadian berlaku pada jam 6.50 pagi apabila kereta Proton Wira dipandu rakan mangsa terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. Siasatan awal mendapati, mereka dalam perjalanan ke Bukit Mertajam sebelum terbabas di laluan berselekoh.

"Pemandu kereta gagal mengawal kenderaannya menyebabkan ia terbabas dan merempuh pembahagi jalan ketika melalui kawasan selekoh. Akibat daripada itu, kedua-dua mangsa tersepit dan mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang depan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat manakala Muhammad Fakrulnizam dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi tadi.

Menurutnya, susulan daripada itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam ke lokasi untuk kerja menyelamat mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!