[VIDEO] Gempar suara wanita misteri mengaji di kampus

Kelibat wanita misteri ditemui di kampus Universiti Sultan Ageng Tirtayasa, Banten, Indonesia menjadi bualan hangat netizen.
Kelibat wanita misteri ditemui di kampus Universiti Sultan Ageng Tirtayasa, Banten, Indonesia menjadi bualan hangat netizen.
A
A
A

JAVA - Misteri suara wanita yang mengaji al-Quran di dalam kampus Universiti Sultan Ageng Tirtayasa, Banten, Indonesia menjadi bualan hangat netizen negara itu.

Rakaman video berdurasi 1minit 14 saat sempat dirakam oleh pengawal keselamatan universiti pada Ahad lalu ketika melakukan rondaan pada 12.40 tengah malam sekali gus menggemparkan penghuni kampus.

Menerusi laporan Kabar Baten, pengawal itu melakukan pemeriksaan di bangunan berkenaan, namun tiada nampak kelibat sesiapa.

Lantas, dia pergi ke bangunan bersebelahan dan terkejut melihat kelibat seorang wanita di tingkat 4.

Panik melihat kejadian itu, dia kemudiannya meminta bantuan dari rakannya untuk kepastian.

Mereka kembali ke bangunan tersebut dan sekali lagi terdengar suara misteri wanita sedang membaca ayat al-Quran.

Ketika itu, pengawal sempat merakam suara dalam tempoh 1 minit 14 saat sahaja kerana semakin lama suara tersebut tidak kedengaran.

Kemudian kejadian misteri itu tidak terhenti di situ sebaliknya kelibat wanita dan suara juga kedengaran di dalam masjid kampus berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tidak dapat dipastikan adakah wanita itu merupakan wanita yang sama mengalunkan ayat suci tersebut kerana kawasan tersebut gelap.

Sementara itu, video yang tersebar dilaman sosial menarik perhatian Canselor Universiti terbabit, Fatah Sulaiman.

Beliau memberitahu wanita yang dijumpai itu bukanlah makhluk halus, tetapi mengalami penyakit hilang ingatan.

"Saya dapat maklumat dari pengawal keselamatan bernama Satpam. Dia kata wanita itu kurang siuman dan sering kali memasuki masjid.

"Kedudukan masjid berhampiran jalan utama dan dekat dengan Terminal Pakupatan, menjadi tumpuan ramai tak terkecuali wanita berkenaan.

"Saya berharap kalau dia mengaji di masjid di sini, mudah-mudahan boleh segera sembuh,” ujarnya.