‘Keputusan beri kebenaran rentas negeri melegakan’

Nor Azam yang terkandas di kampung menemani anak-anak membuat kerja sekolah dalam tempoh PKP.
Nor Azam yang terkandas di kampung menemani anak-anak membuat kerja sekolah dalam tempoh PKP.
A
A
A

BAGAN DATUK - [DIKEMASKINI] Setelah terperangkap hampir dua bulan di kampung, orang ramai mengakui mereka berasa lega apabila boleh pulang semula ke rumah masing-masing.

Pekerja kilang, Nor Azam Mat Rasib, 38, berkata, beliau yang berada di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Lanchang di sini akan pulang ke Rawang, Selangor pada Jumaat nanti.

“Saya dan keluarga memang terpaksa balik Jumaat ini kerana saya perlu bekerja pada 11 Mei nanti. Sepanjang PKP memang semua cuti dan kilang tutup,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagi Sapiyah Abd Latif, 53, kebenaran merentas negeri itu adalah sesuatu yang menggembirakan kerana hampir dua bulan beliau tidak pulang ke rumah.

Sapiyah bersama suami, Ahmad Bintang, 67, yang terperangkap di rumah anak mereka di Klang, Selangor sedang melayani kerenah cucu ketika tempoh PKP di sana.
Sapiyah bersama suami, Ahmad Bintang, 67, yang terperangkap di rumah anak mereka di Klang, Selangor sedang melayani kerenah cucu ketika tempoh PKP di sana.

Beliau yang terkandas di rumah anaknya di Klang, Selangor berkata, pada awalnya beliau ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga.

“Kami semua akan bergerak pulang ke rumah pada Ahad nanti,” katanya yang tinggal di Bagan Datuk, Perak.

Artikel Berkaitan: